Ahad, 17 Mac 2013

Berapa nilai kemaafan?

Berapakah nilai sebuah kemaafan??

Buat pembaca semua..

Allah menciptakan alam ini utk kita sama2 tunaikan tanggungjawab bersama. Jangan sesekali kita semua lupa bahawa alam ini bukan milik kita.. tetapi Allah s.w.t. Dia lah pemilik hakiki alam ini..
Justeru, mengapa kita harus angkuh, takabbur dengan apa yg kita miliki.. Sedarlah wahai sahabatku.. bahawa apa yg kita peroleh ini hanyalah sementara dan merupakan ujian buat kita.. Allah ingin melihat sejauh mana kita ingat padaNya..

Apa yg ingin saya sampaikan sebenarnya adalah mengenai kesedaran kita sebagai seorang hamba padaNya.. Oleh itu, sepatutnya kita tahu bahawa manusia ini lemah dan sudah tentu tidak sempurna..

Mari saya bawakan suatu kisah..

AL-KISAH....
Ada dua org sahabat ini.. mereka saling mengenali sejak kecil lagi.. sering bermain bersama.. belajar bersama.. makan bersama.. dan ke mana saja, mereka pasti bersama..

Semakin lama mereka semakin dewasa dan masing2 mendirikan rumahtangga.. Namun begitu, persahabatan mereka kekal seperti biasa..

Walaubagaimanapun, persahabatan mereka akhirnya diuji oleh Allah...
Salah seorang drpd mereka telah membuat suatu kesilapan besar yg menyebabkan yg seorang lg berkecil hati.. Walaupun si sahabat telah memohon maaf, kerana dia sedar bahawa dia telah melakukan kesalahan dan berjanji tidak akan mengulanginya.. namun maaf tersebut tidak dipandang dan seolah-olah kata2 maaf itu sungguh murah..

Sehinggalah suatu hari..  si sahabat yg bersalah ini ditimpa sakit akibat menanggung sedih setelah sahabat membuangnya jauh dari ingatan.. Akhirnya sakit itu membawanya meninggalkan dunia yg fana ini...

Lihatlah sahabat, sedarkah kita berapa nilai sebuah maaf itu??
Jika sahabat kita sudah tiada, tentulah ketika itu wujud oenyesalan yg berpanjangan..

Sedarlah bahawa kita bukan manusia sempurna dan kadangkala kita perlu bertolak ansur kerana bukan kita seorang saja hidup di alam ini.. namun kita hidup dlm suasana bermasyarakat..
Justeru, jaga hubungan kita dgn Allah dan hubungan dengan sesama manusia..

Sesungguhnya nilai kemaafan itu besar maknanya bagi sesiapa yg menyedari..

Jumaat, 15 Jun 2012

Menyambut Kelahiran Bayi Mengikut Sunnah


Menyambut Kelahiran Bayi Mengikut Sunnah

Berdasarkan Hadith Rasulullah s.a.w, 

Daripada Anas bin Malik r.a. berkata ; Pada suatu hari sekumpulan kaum muslimin ( dalam lingkungan tiga orang sahabat ) datang kepada isteri Rasulullah s.a.w. Mereka bertanyakan tentang jumlah ibadat yang Rasulullah s.a.w. lakukan setiap hari. Setelah mendapat penjelasan, mereka menggangap ibadah Rasulullah s.a.w. hanya sedikit. Mereka berkata : Kita tidak boleh meniru – niru baginda s.a.w. kerana Allah telah mengampuni segala dosanya yang telah lalu dan yang akan datang! Salah seorang dari mereka berkata : Aku tidak begitu, kerana aku bersembahyang malam ( tahajjud ) terus – menerus!.. Sahabatnya menyahut : Aku berpuasa terus – menerus tanpa berbuka!.. Dan sahabat yang lain berkata : Aku menjauhkan diri dari perempuan dan tidak akan berkahwin selama – lamanya! Ketika Rasulullah s.a.w datang, baginda bersabda : Tadi kamu telah mengatakan begini dan begitu….. Demi Allah, aku ini lebih takut dan lebih bertaqwa kepada Allah daripada kamu sekelian; tetapi aku berpuasa dan berbuka, aku menunaikan sembahyang dan tidur, dan aku berkahwin dengan wanita. Kerana itu sesiapa yang tidak menyukai sunnahku ia bukan dari golonganku ( bukan dari umatku ).

Riwayat Bukhari, Muslim dan Nasaie, lafaz oleh Bukhari. 

Ini menunjukkan sunnah perlu diutamakan, kemudian barulah disusuli dengan adat.

Di sini saya ingin jelaskan serba sedikit mengenai adat dan amalan yang boleh kita lakukan. Contohnya, menyambut kelahiran bayi seperti di dalam video di atas. Saya bantu anda memahami apa yang ingin di sampaikan di dalam video. Antara perkara-perkara sunnah menyambut kelahiran bayi ialah:

Sunnah 1: Mengazankan di telinga anak 
Sunnah 2: Bertahnik atau Membelah Mulut
Sunnah 3: Menamakan anak dengan nama yang baik
Sunnah 4: Mencukur seluruh rambut bayi dan bukan sebahagian sahaja
Sunnah 5: Rambut yang telah dicukur kemudian ditimbang dengan nilaian emas atau perak (sedekahkan pada         fakir miskin)
Sunnah 6: Melakukan aqiqah untuk si anak
Sunnah 7: Mengkhatankan anak

Ada 7 perkara sunnah yang boleh diamalkan ketika menyambut kelahiran bayi. Amalkan ia di dalam kehidupan. Insya Allah..Sama-sama kita hidupkan amalan sunnah  :)

rujukan dari :
http://www.youtube.com/user/fattabiouni



Khamis, 26 April 2012

Motivasi Pagi


Salam / Selamat Sejahtera..
Selamat Pagi Semua..

Hari ini saya nak sambung sedikit 'motivasi pagi' di ruangan ini.. Ia berhubung dengan tingkahlaku kita seharian sama ada kita sedar atau tidak. Hidup ini perlu ada kawalan diri supaya kita tidak tersasar dari tujuan sebenar kita diciptakan. Yakni sebagai khalifah di muka Bumi. Tidak kiralah sama ada memimpin, mentadbir urus, malindungi dan sebagainya. Kita tidak seharusnya terlalu mengikut kata hati. Pepatah mengatakan, 'ikutkan hati mati, ikutkan rasa binasa'..

Di sini saya kongsikan kepada anda berkenaan 'sms motivasi' yang saya terima dari sahabat saya. Beliau sentiasa mengirimkan nasihat berguna kepada rakan-rakannya. Terima kasih yang tidak terhingga buat beliau. Semoga Allah membalas jasanya. Amin Ya Rabb..

Janganlah kamu cuba mengambil sesuatu yang kamu pasti tidak akan dapat kerana ia adalah sia-sia..Janganlah kamu cuba mengambil sesuatu yang kamu belum sedia menerimanya kerana ia adalah satu keegoan..Janganlah kamu cuba mengambil sesuatu yang kamu pasti akan buang kerana ia satu khianat..Janganlah kamu cuba mengambil sesuatu yang sudah kepunyaan orang kerana ia satu penganiayaan yang mana akan menggugat sikap redha dalam dirimu..

Diharap dengan sedikit motivasi pagi dari saya pada kali ini dapat memberi suntikan semangat untuk melalui hari-hari yang seterusnya..Semoga kalian terus berjaya di dunia mahupun di akhirat sana..Amin.. (^_^)V..

Rabu, 14 Mac 2012

Sabar atau Patience??


Salam.. Selamat Sejahtera buat semua.. Kali ini saya kembali lagi dengan menukilkan sesuatu yang bermanfaat buat tatapan pembaca semua.. Insya Allah.. Tajuk yang ingin saya sampaikan ini adalah berkaitan dengan sifat yang kita tidak nampak atau abstrak.. Sabar..atau boleh dipanggil sebagai 'Patience'..

Sabar tidak membawa makna merendahkan diri.. Malah dengan bersabar, kita semakin kuat menghadapi apa yang datang kepada kita. Untuk menjadi seorang sabar, perlu ada redha.. Ini kerana redha merupakan tahap tinggi sebelum sabar.. Sekiranya kita redha, kita boleh bersabar.. Manakala sabar tidak semestinya redha..Jadikan hari-hari yang kita lalui ini suatu perkara yang amat bermakna buat diri kita..Jangan biarkan diri diselubungi dengan perasaan yang tidak sepatutnya kita alami.. Redha lah dan bersabarlah wahai rakan sekalian. Sekiranya kita didatangkan ujian, kita tidak harus mengalah.. Bahkan terus bangkit dengan penuh semangat agar tidak mudah jatuh di masa akan datang..

Sabar merupakan anugerah dan kurniaan dari Nya. Namun demikian, sifat sabar itu haruslah dijana dalam diri. Ini kerana, Allah akan berikan kesabaran kepada orang yang berusaha untuk menjadi seorang yang sabar.


Abu Hurairah R.A berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,

Permohonan salah seorang diantara kalian akan dikabulkan oleh Allah selama dia tidak menampakkan ketidaksabaran (dengan berkata, "saya berdoa kepada Allah tetapi permintaan ku tidak dikabulkan"). Hadith Riwayat Bukhari

Justeru, bersabarlah wahai rakan dalam menghadapi apa jua situasi..
 ;-)

Isnin, 27 Februari 2012

Suka atau Tidak Suka??


Salam Sejahtera buat semua pembaca artikel-artikel di blog ini.. Saya doakan anda semua dilimpahi kebahagiaan dari Tuhan Yang Maha Esa... Suka atau Tidak Suka?? Tentu anda tertanya-tanya apa yang dimaksudkan tajuk artikel saya pada kali ini..

Insya Allah kali ini, saya ingin kongsikan degan anda berkenaan hikmah di sebalik kejadian atau dugaan yang menimpa diri kita. Artikel kali ini merupakan kesinambungan dari karya saya yang lepas yang bertajuk " Dugaan dari yang Maha Esa".

Segala yang berlaku adalah mengikut ketetapan yang Allah s.w.t inginkan sama ada suka atau tidak suka..Apapun, ia juga berlaku berdasarkan pilihan kita sama ada ingin melakukan kebaikan atau keburukan.. Jadi, sebelum melakukan sesuatu..fikirkanlah dengan sebaik-baiknya.. Bak kata pepatah Melayu, "terlajak perahu boleh diundur, tapi t'lajak kata atau p'buatan, buruk padahnya".

Apa yang telah Allah tentukan pada kita adalah perkara yang terbaik disusun buat diri setiap hambaNya..Mungkin kita tidak suka, namun disebaliknya ada kebahagiaan yang kita nantikan dan tercari-cari.. Ingat!.. Mungkin anda fikir kebahagiaan yang anda kecapi ketika ini adalah kebahagiaan yang hakiki..Namun disebaliknya mungkin terjadi sesuatu yang tidak kita duga.. Bejaga-jaga ye...Beringatlah sentiasa.. Insya Allah jika anda sentiasa dekat padaNya, mohon petunjuk dariNya, anda sentiasa bersederhana dalam setiap tindakan.. Suka atau Tidak Suka?? Fikir dan Renungkan bersama ;-)

Jumaat, 24 Februari 2012

Halal atau Haram??

Halal atau Haram??

Pilihan di tangan anda.. Tidak kira sama ada makanan, minuman, barangan kosmetik, dan sebagainya perlu dikaji sama ada ia adalah dari sumber yang halal ataupun yang haram. Sebagaimana firman Allah di dalam Surah An-Nahl ayat 114,

"Maka makanlah yang halal lagi baik dari rezeki yang telah diberikan Allah kepadamu" 
 Juga terdapat di dalam Surah Al-Baqarah ayat 222,

"Sesungguhnya Allah mengasihi mereka yang banyak bertaubat dan mengasihi mereka yang mensucikan diri"        

Sebagai Muslim, apa yang kita makan itulah yang menunjukkan siapa diri kita yang sebenarnya.. Berjaga-jagalah dalam memilih sesuatu makanan atau produk..Kaji dari mana datangnya, proses penghasilannya dan bahan-bahan yang terkandung di dalamnya..sekiranya ragu-ragu, sebaiknya anda tinggalkanlah ia..

Setiap yang Halal atau Haram itu telah Allah tentukan dan terdapat sebab-sebab Allah menetapkan semua itu..Fikir-fikirlah dan renungkan bersama.. insya Allah ;-)

Selasa, 21 Februari 2012

Dugaan dari Yg Maha Esa..

Dugaan..cubaan..ujian..

Semua ini adalah proses biasa yg sering kita lalui dlm khidupan..plbagai kjadian dan peristiwa b'laku bukanlah di atas khndak kita..tetapi tlh Allah susun sejak azali lg bgi stiap hamba2 nya..kita sebagai manusia hndaklah menerima dgn hati yg t'buka..anggaplah s'suatu yg menimpa kalian sbg batu loncatan utk trus m'jadi insan yg lbih baik dan cemerlang di masa hdpn..

Jangan lupa! sekiranya anda d'beri nikmat hndaklah b'syukur..jgn t'lalu gmbira..kelak jika anda ditimpa musibah, anda akan m'jadi t'lalu sdih..s'sederhanalah dlm setiap p'buatan kalian..Sebagaimana di dalam hadith..

"..dan sentiasalah b'sikap p'tghn, sderhana, hasil yg akan diperoleh dgnnya, kamu akn m'capai sasaranmu
( syurga )." { Hadith Riwayat Bukhari}

Jadikan dugaan dari Yang Maha Esa sbg. p'ngajaran dan iktibar yg amat b'guna dlm hdup.. ;-)
 
Advertlets Code