Rabu, 14 Mac 2012

Sabar atau Patience??


Salam.. Selamat Sejahtera buat semua.. Kali ini saya kembali lagi dengan menukilkan sesuatu yang bermanfaat buat tatapan pembaca semua.. Insya Allah.. Tajuk yang ingin saya sampaikan ini adalah berkaitan dengan sifat yang kita tidak nampak atau abstrak.. Sabar..atau boleh dipanggil sebagai 'Patience'..

Sabar tidak membawa makna merendahkan diri.. Malah dengan bersabar, kita semakin kuat menghadapi apa yang datang kepada kita. Untuk menjadi seorang sabar, perlu ada redha.. Ini kerana redha merupakan tahap tinggi sebelum sabar.. Sekiranya kita redha, kita boleh bersabar.. Manakala sabar tidak semestinya redha..Jadikan hari-hari yang kita lalui ini suatu perkara yang amat bermakna buat diri kita..Jangan biarkan diri diselubungi dengan perasaan yang tidak sepatutnya kita alami.. Redha lah dan bersabarlah wahai rakan sekalian. Sekiranya kita didatangkan ujian, kita tidak harus mengalah.. Bahkan terus bangkit dengan penuh semangat agar tidak mudah jatuh di masa akan datang..

Sabar merupakan anugerah dan kurniaan dari Nya. Namun demikian, sifat sabar itu haruslah dijana dalam diri. Ini kerana, Allah akan berikan kesabaran kepada orang yang berusaha untuk menjadi seorang yang sabar.


Abu Hurairah R.A berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,

Permohonan salah seorang diantara kalian akan dikabulkan oleh Allah selama dia tidak menampakkan ketidaksabaran (dengan berkata, "saya berdoa kepada Allah tetapi permintaan ku tidak dikabulkan"). Hadith Riwayat Bukhari

Justeru, bersabarlah wahai rakan dalam menghadapi apa jua situasi..
 ;-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
Advertlets Code