Khamis, 26 April 2012

Motivasi Pagi


Salam / Selamat Sejahtera..
Selamat Pagi Semua..

Hari ini saya nak sambung sedikit 'motivasi pagi' di ruangan ini.. Ia berhubung dengan tingkahlaku kita seharian sama ada kita sedar atau tidak. Hidup ini perlu ada kawalan diri supaya kita tidak tersasar dari tujuan sebenar kita diciptakan. Yakni sebagai khalifah di muka Bumi. Tidak kiralah sama ada memimpin, mentadbir urus, malindungi dan sebagainya. Kita tidak seharusnya terlalu mengikut kata hati. Pepatah mengatakan, 'ikutkan hati mati, ikutkan rasa binasa'..

Di sini saya kongsikan kepada anda berkenaan 'sms motivasi' yang saya terima dari sahabat saya. Beliau sentiasa mengirimkan nasihat berguna kepada rakan-rakannya. Terima kasih yang tidak terhingga buat beliau. Semoga Allah membalas jasanya. Amin Ya Rabb..

Janganlah kamu cuba mengambil sesuatu yang kamu pasti tidak akan dapat kerana ia adalah sia-sia..Janganlah kamu cuba mengambil sesuatu yang kamu belum sedia menerimanya kerana ia adalah satu keegoan..Janganlah kamu cuba mengambil sesuatu yang kamu pasti akan buang kerana ia satu khianat..Janganlah kamu cuba mengambil sesuatu yang sudah kepunyaan orang kerana ia satu penganiayaan yang mana akan menggugat sikap redha dalam dirimu..

Diharap dengan sedikit motivasi pagi dari saya pada kali ini dapat memberi suntikan semangat untuk melalui hari-hari yang seterusnya..Semoga kalian terus berjaya di dunia mahupun di akhirat sana..Amin.. (^_^)V..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
Advertlets Code