Jumaat, 15 Jun 2012

Menyambut Kelahiran Bayi Mengikut Sunnah


Menyambut Kelahiran Bayi Mengikut Sunnah

Berdasarkan Hadith Rasulullah s.a.w, 

Daripada Anas bin Malik r.a. berkata ; Pada suatu hari sekumpulan kaum muslimin ( dalam lingkungan tiga orang sahabat ) datang kepada isteri Rasulullah s.a.w. Mereka bertanyakan tentang jumlah ibadat yang Rasulullah s.a.w. lakukan setiap hari. Setelah mendapat penjelasan, mereka menggangap ibadah Rasulullah s.a.w. hanya sedikit. Mereka berkata : Kita tidak boleh meniru – niru baginda s.a.w. kerana Allah telah mengampuni segala dosanya yang telah lalu dan yang akan datang! Salah seorang dari mereka berkata : Aku tidak begitu, kerana aku bersembahyang malam ( tahajjud ) terus – menerus!.. Sahabatnya menyahut : Aku berpuasa terus – menerus tanpa berbuka!.. Dan sahabat yang lain berkata : Aku menjauhkan diri dari perempuan dan tidak akan berkahwin selama – lamanya! Ketika Rasulullah s.a.w datang, baginda bersabda : Tadi kamu telah mengatakan begini dan begitu….. Demi Allah, aku ini lebih takut dan lebih bertaqwa kepada Allah daripada kamu sekelian; tetapi aku berpuasa dan berbuka, aku menunaikan sembahyang dan tidur, dan aku berkahwin dengan wanita. Kerana itu sesiapa yang tidak menyukai sunnahku ia bukan dari golonganku ( bukan dari umatku ).

Riwayat Bukhari, Muslim dan Nasaie, lafaz oleh Bukhari. 

Ini menunjukkan sunnah perlu diutamakan, kemudian barulah disusuli dengan adat.

Di sini saya ingin jelaskan serba sedikit mengenai adat dan amalan yang boleh kita lakukan. Contohnya, menyambut kelahiran bayi seperti di dalam video di atas. Saya bantu anda memahami apa yang ingin di sampaikan di dalam video. Antara perkara-perkara sunnah menyambut kelahiran bayi ialah:

Sunnah 1: Mengazankan di telinga anak 
Sunnah 2: Bertahnik atau Membelah Mulut
Sunnah 3: Menamakan anak dengan nama yang baik
Sunnah 4: Mencukur seluruh rambut bayi dan bukan sebahagian sahaja
Sunnah 5: Rambut yang telah dicukur kemudian ditimbang dengan nilaian emas atau perak (sedekahkan pada         fakir miskin)
Sunnah 6: Melakukan aqiqah untuk si anak
Sunnah 7: Mengkhatankan anak

Ada 7 perkara sunnah yang boleh diamalkan ketika menyambut kelahiran bayi. Amalkan ia di dalam kehidupan. Insya Allah..Sama-sama kita hidupkan amalan sunnah  :)

rujukan dari :
http://www.youtube.com/user/fattabiouni



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
Advertlets Code