Jumaat, 16 Julai 2010

Ekonomi Islam

KEADILAN DALAM EKONOMI ISLAM

PENGENALAN

Ekonomi Islam berasaskan Tauhid kepada Allah (SWT) yang memerlukan penterjemahan konsep tersebut dalam mengamalkan segala kegiatan ekonomi. Tauhid menganjurkan kita menta’ati Allah (SWT) dengan melakukan segala yang ma’aruf dan meninggalkan segala yang mungkar dalam segala aspek hidup. Tauhid juga memaksa kita memakmurkan bumi ini untuk manusia hidup bahagia dan selesa, jauh dari merbahaya kemiskinan, kemelaratan yang dipagari oleh keamanan dan keharmonian.

Tujuan ini adalah selaras dengan maqasid syariah yang bertujuan untuk mendorong manusia berusaha ke arah kebahagiaan dan Islam menganjurkan penyusunan sistem ekonomi dalam negara dan pada peringkat antarabangsa mestilah berusaha ke arah pencapaian keadilan ekonomi muafakat. Kedua-dua unsur itu adalah asas pencapaian perjalanan ekonomi Islam yang teratur, cekap dan berkesan.

Keadilan ekonomi membawa kepada konsep Al-Adl yang menjelaskan bahawa manusia ini adalah pemegang amanah Allah yang berhak memiliki harta mengikut landas syariah.

Mengikut pandangan Ibn Khaldun, faktor kemajuan ekonomi sangat penting ke arah kestabilan politik sesebuah masyarakat tercapai. Bahkan beliau berpandangan bahawa sejarah maju mundur sesebuah masyarakat ada pertalian yang rapat dengan pencapaian kemajuan ekonomi sesebuah masyarakat tersebut. Apabila keadilan tidak dapat dilaksanakan, sesebuah negara akan hancur dan musnah.

PENDEKATAN KEPADA SISTEM EKONOMI

Islam adalah Ad-Din yang merangkumi pengendalian hidup individu, keluarga dan bernegara. Ad-Dn merupakan inti tamaddun umat Islam. Semua cara hidup hendaklah diasaskan kepada falsafah tauhid. Tauhid pula mestilah diarahkan kepada suasana al-‘Adl wal Ihsan (keadilan dan kebajikan) iaitu:

  1. Setiap aktiviti berekonomi berasaskan amanah
  2. Kebebasan dalam pelaksanaan bertunjangkan syariah
  3. Setiap individu menikmati keperluannya disamping memelihara iman, intelek, keturunan dan kekayaan mereka
  4. Modal tidak diasaskan riba
  5. Output yang baik dapat memberi khidmat optimum kepada manusia.

ASAS NILAI ETIKA DALAM AKTIVITI EKONOMI

Kegiatan ekonomi adalah fadhu ain ke atas setiap Muslim. Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Andainya seseorang yang mencari kayu api dan dipikulkan di atas bahunya itu lebih baik daripada ia meminta-miinta pada seseorang yang kadang-kadang diberi atau ditolak"
(Riwayat Bukhari & Musli )

Untuk mendukung nilai etika setiap individu hendaklah berusaha mencapai beberapa matlamat berikut:

  1. Sentiasa mementingkan masyarakat dari segi penggunaannya (consumption), pelaburan, pengeluaran dan sebagainya.
  2. Penyucian harta menerusi zakat dan sedekah.
  3. Melengkapkan infrastruktur untuk rakyat.
  4. Keadilan dalam agihan kekayaan.
  5. Kestabilan dan pertumbuhan ekonomi.
 
Advertlets Code