Khamis, 22 Disember 2011

What do Muslims Believe??

What do Muslims Believe?? Apa yang Muslim Percaya??



Muslims believe in the One, Unique, Incomparable, Merciful God- the Sole Creator, Sustainer and Cherisher of the universe; in the Angels created by Him; in the prophets through whom his revelations were brought to humankind; in the Day of Judgment, and in individual accountability for action; in God’s complete authority over destiny, be it good or bad; and in life after death.

Sebagai seorang Islam, mereka wajib percaya pada rukun iman yang enam selain daripada rukun Islam yang lima. Pertama, percaya bahawa Allah iaitu Tuhan yang Maha Esa, yang Unik, yang tidak boleh dibandingkan dengan apa pun yang ada di dunia ini. Allah adalah Tuhan paling Agong..Kedua, percaya kepada Malaikat yakni ciptaan yang terhasil dari Nur, tidak makan dan minum, tidak tidur dan sebagainya.Malaikat yang harus dipercayai ada 10 semuanya dan mereka mempunyai tugas-tugas masing-masing..
Seterusnya percaya kepada Rasul yang membawa wahyu dari Allah untuk disampaikan kepada umatnya dan diri mereka sendiri. Mereka juga harus percaya kepada kitab yang telah diturunkan sebagai panduan bagi mereka menjalankan amanah Allah di muka Bumi ini. Kemudian, percaya pada hari Akhirat yang pasti akan berlaku..tetapi sebagai manusia, kita tidak mampu untuk memikirkan bilakah hari tersebut akan berlaku..Walaubagaimanapun, Allah telah banyak menurunkan tanda-tanda Hari Akhir tersebut supaya setiap Muslim dapat membuat persediaan amalan untuk diri mereka. Dan yang terakhir sekali, mereka harus percaya pada Qadha' dan Qadar..Segala perbuatan adalah terpulang pada diri kita..sama ada berbuat kebaikan mahupun kejahatan. Namun, segala perbuatan Muslim akan tetap dihisab mengikut amalan yang mereka lakukan sehari-hari...

All of these are for those who try to find What do Muslims Believe??

Isnin, 26 September 2011

Petua Imam Syafi'e...


 >Empat perkara menguatkan badan... 1. makan daging 2. memakai haruman ... 3. kerap mandi 4. berpakaian dari kapas 


 >Empat perkara melemahkan badan... 1. banyak berkelamin (bersetubuh) 2. selalu cemas 3. banyak minum air ketika makan 4. banyak makan bahan yang masam 


> Empat perkara menajamkan mata... 1. duduk mengadap kiblat 2. bercelak sebelum tidur 3. memandang yang hijau 4. berpakaian bersih 


 >Empat perkara merosakkan mata... 1. memandang najis 2. melihat orang dibunuh 3. melihat kemaluan 4. membelakangi kiblat 


 >Empat perkara menajamkan fikiran... 1. tidak banyak berbual kosong 2. rajin bersugi (gosok gigi) 3. bercakap dengan orang soleh 4. bergaul dengan para ulama 4 CARA 


>TIDUR... 1. TIDUR PARA NABI Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi. 2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam. 3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBAMiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan. 4. TIDUR SYAITAN Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Jumaat, 6 Mei 2011

HAFAZAN KAEDAH JIBRIL

Salam pada sahabat sekalian..

Anda ingin tahu cara termudah untuk FAHAMI 'big picture' Al-Quran & HAFAZ surah idaman SEKALIGUS...
- tak kira sesibuk manapun anda,
'start' menghafaz seperti 'pro' sekarang!"

Ini adalah peluang terbaik pada siapa yang ingin menghafaz dengan cara yang mudah..
Ia sesuai untuk pelbagai golongan termasuklah:

- remaja sekolah menengah yang ingin mendapat idea menghafaz surah wajib SPM
- siswa/siswi universiti
- pekerja sektor kerajaan
- pekerja sektor swasta
- ibu-ibu, surirumah
- pelajar sekolah agama
- ustaz, ustazah

Insyaalah dengan niat yang ikhlas, anda akan memperoleh ganjaran di akhirat kelak..amin


Untuk ketahui dengan lebih lanjut, sila klik link di bawah;



Jumaat, 8 April 2011

FAKTA-FAKTA KEJADIAN MANUSIA MENGIKUT WAHYU DAN SAINS

Kita lihat bagaimana manusia dijadikan.....
Renungan bersama...

Sebagaimana yang diceritakan oleh Nabi Muhammad S.A.W., dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Thabrani dan Ibnu Mandah iaitu menurut syarat Tirmizi dan Nasai, sabda baginda s.a.w: “Sesungguhnya bilamana Allah S.W.T berkehendak menjadikan seseorang hambanya, ditakdirkannya suami melakukan jima’ terhadap isterinya, maka mengalirlah air maninya meresap kesegenap urat-urat dan anggota-anggota isterinya. Bila telah sampai pada hari ketujuh, terus dihimpunkan Allah S.W.T bercampur bersama-sama dengan air mani wanita itu sendiri. Kemudian mulailah dihadirkannya segala urat-urat yang diperlukan baginya, selain kejadian Adam sendiri, di dalam bentuk dan rupa apa yang dikehendakinya, terus disusunNya.”

Proses kejadian manusia merupakan salah satu bukti kekuasaan Allah. Ia merupakan suatu proses yang tidak mungkin boleh direka oleh manusia. Allah telah menjadikan roh manusia sebelum dijadikan jasad bagi setiap roh yang diciptanya. Ulama’ berpendapat bahawa roh manusia telah wujud sejak azali sama seperti kewujudan malaikat dan jin. Allah mula menjadikan jasad manusia setelah air benih berada di dalam rahim si ibu. Sewaktu janin berkembang di dalam rahim, Allah telah meniupkan roh ke dalamnya. Di bawah adalah mengenai proses kejadian manusia bermula dari alam roh sehingga ke alam dunia.

1. Permulaan kejadian manusia dari benih lelaki dan perempuan yang dipanggil sebagai
Zat atau pati daripada tanah seperti dalam surah Al-Mu’minun ayat 12-14
“Dan Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah; Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan Yang kukuh; Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.

dan surah Al-Imran ayat 59 yang bermaksud “Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" maka menjadilah ia.” Zat atau pati daripada tanah ini sebenarnya adalah terhasil daripada sumber makanan si ayah yang mana makanan tersebut semuanya adalah berasal dari muka bumi sama ada ia merupakan sumber dari laut mahupun dari daratan.

2. Bermula dengan persenyawaan kedua-dua benih iaitu sperma dan telur kecil (ovum) seperti yang telah dibuktikan di dalam surah Az-Zumar ayat 6 yang mafhumnya, “Ia menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), kemudian ia menjadikan daripadanya - isterinya (Hawa); dan ia mengadakan untuk kamu binatang-binatang ternak delapan ekor: (empat) pasangan (jantan dan betina). ia menciptakan kamu dalam kandungan ibu kamu (berperingkat-peringkat) dari satu kejadian ke satu kejadian. Dalam tiga suasana yang gelap-gelita. Yang demikian (kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan kamu; bagiNyalah kekuasaan yang mutlak; tiada Tuhan melainkan dia; oleh itu bagaimana kamu dapat dipesongkan (dari mematuhi perintahNya)?”.
Hanya sperma yang terkuat sahaja dari berjuta-juta sel sperma yang berjaya memasuki telur. Proses ini juga juga di kenali sebagai survival of the fittest. Lalu membentuk nutfatin amsyaajin atau air mani yang disenyawakan dalam rahim ibu.

3. Setelah seminggu, ia membentuk 2 sel dan kemudian kepada 4 sel. Dari 4 sel membahagi kepada 8 sel dan seterusnya 16 sel hinggalah kepada 32 sel dan seterusnya membentuk sekelompok sel yang dinamakan sebagai morula.

4. Semasa proses ini terjadi, ia melekat dan tenggelam di dalam dinding uterus atau dinding rahim wanita bagi melalui proses pengeraman telur. Setelah 23 hari, ia membentuk segumpal darah yang keluar dari rahim lalu bergantung pada dinding rahim seperti bentuk seekor lintah yang melekat pada badan manusia.

5. Dari segumpal darah tadi yang disebut sebagai ‘alaqah akan membentuk seketul daging atau mudhghah. Pada peringkat mudhghah ini, bentuk kejadiannya adalah serupa dengan kejadian-kejadian makhluk lain di muka bumi.

6. Dari daging menjadi tulang-belulang-belulang iaitu ‘izam dibungkus dengan daging atau dengan nama lain iaitu lahman apabila sampai usia 7 minggu atau 49 hari. Lalu, dikuatkan lagi dengan otot-otot besar dan otot-otot kecil dan kemudian dilengkapkan dengan urat-urat ketika berusia 4 bulan.


7. Allah menciptakan anggota tubuh manusia dan disusun dengan baik iaitu dengan membelah lubang pendengaran, penglihatan, hidung, mulut dan seluruh lubang-lubang yang lain seperti di dalam Surah Al-Insan ayat 2 yang membawa makna, “Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat”.

8. Kemudian, lubang mata diisi dengan mata yang mempunyai keajaiban dapat melihat benda-benda. Allah menyusun indera penglihatan dari 7 lapis. Setiap lapisan mempunyai sifat dan tabiat khusus dan sekiranya salah satu lapisan hilang, sudah tentu mata tidak dapat berfungsi dengan baik.

9. Di samping beberapa proses penting di atas, Allah juga membentuk kejadian-kejadian yang lain seperti tangan, badan, kaki dan sebagainya bagi melengkapkan ciptaanNya. Lalu menentukan jantina makhluk yang diciptaNya sama ada lelaki ataupun perempuan bagi menjadikannya sebagai makhluk yang sempurna dan sebaik-baik ciptaan dalam menunaikan tanggungjawab seorang hamba kepada Penciptanya. Sebagaimana dalam surah Al-Isra’ ayat 70 yang bermaksud, “Dan Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.”
 
Advertlets Code