Ahad, 17 Mac 2013

Berapa nilai kemaafan?

Berapakah nilai sebuah kemaafan??

Buat pembaca semua..

Allah menciptakan alam ini utk kita sama2 tunaikan tanggungjawab bersama. Jangan sesekali kita semua lupa bahawa alam ini bukan milik kita.. tetapi Allah s.w.t. Dia lah pemilik hakiki alam ini..
Justeru, mengapa kita harus angkuh, takabbur dengan apa yg kita miliki.. Sedarlah wahai sahabatku.. bahawa apa yg kita peroleh ini hanyalah sementara dan merupakan ujian buat kita.. Allah ingin melihat sejauh mana kita ingat padaNya..

Apa yg ingin saya sampaikan sebenarnya adalah mengenai kesedaran kita sebagai seorang hamba padaNya.. Oleh itu, sepatutnya kita tahu bahawa manusia ini lemah dan sudah tentu tidak sempurna..

Mari saya bawakan suatu kisah..

AL-KISAH....
Ada dua org sahabat ini.. mereka saling mengenali sejak kecil lagi.. sering bermain bersama.. belajar bersama.. makan bersama.. dan ke mana saja, mereka pasti bersama..

Semakin lama mereka semakin dewasa dan masing2 mendirikan rumahtangga.. Namun begitu, persahabatan mereka kekal seperti biasa..

Walaubagaimanapun, persahabatan mereka akhirnya diuji oleh Allah...
Salah seorang drpd mereka telah membuat suatu kesilapan besar yg menyebabkan yg seorang lg berkecil hati.. Walaupun si sahabat telah memohon maaf, kerana dia sedar bahawa dia telah melakukan kesalahan dan berjanji tidak akan mengulanginya.. namun maaf tersebut tidak dipandang dan seolah-olah kata2 maaf itu sungguh murah..

Sehinggalah suatu hari..  si sahabat yg bersalah ini ditimpa sakit akibat menanggung sedih setelah sahabat membuangnya jauh dari ingatan.. Akhirnya sakit itu membawanya meninggalkan dunia yg fana ini...

Lihatlah sahabat, sedarkah kita berapa nilai sebuah maaf itu??
Jika sahabat kita sudah tiada, tentulah ketika itu wujud oenyesalan yg berpanjangan..

Sedarlah bahawa kita bukan manusia sempurna dan kadangkala kita perlu bertolak ansur kerana bukan kita seorang saja hidup di alam ini.. namun kita hidup dlm suasana bermasyarakat..
Justeru, jaga hubungan kita dgn Allah dan hubungan dengan sesama manusia..

Sesungguhnya nilai kemaafan itu besar maknanya bagi sesiapa yg menyedari..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
Advertlets Code